BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 6, 2011

Bicara Cinta...!!

Cinta adalah suatu anugerah tidak ternilai yang Allah kurniakan ke dalam hati manusia.Cinta memberikan kekuatan dan motivasi kepada manusia untuk menjadi lebih baik.Sesiapapun pasti bahagia andai diri dicintai.Manusia sanggup menjadi gila kerana cinta, bak cinta Qaisy terhadap Laila.Manusia sanggup buat apa sahaja demi cinta, umpama Shah Jahan yang membina Taj Mahal sebagai tugu cintanya terhadap Mumtaz.
Salahkah bercinta?Salah andai cinta yang dibina tersasar dari landasan agama dan melalaikan diri dari mengingati Allah.Cinta umpama hadiah dari Allah kepada manusia.Kita pasti gembira dan suka menerima hadiah, namun wajarkah hadiah lebih dicintai dari pemberi hadiah?Tepuk dada, tanya iman.Cinta seharusnya mendekatkan lagi diri seseorang hamba kepada-Nya.Cinta adalah satu fitrah manusia yang tidak boleh ditidakkan.Namun,fitrah tersebut perlu dipandu mengikut landasan syariat agar tidak menjadi menjadi fitnah.

Penulis terpanggil menyentuh isu ini kerana isu ini merupakan satu isu universal dan dialami kebanyakan dari kita,di setiap zaman terutamanya melibatkan remaja.Remaja kita pada hari ini lebih terkehadapan dalam menerajui persoalan cinta.Pelbagai versi cinta yang wujud, cinta monyet..love puppy..cinta kilat..cinta pandang pertama dan cinta sejati.Walau apa jua versi cinta, apa yang lebih penting adalah bagaimana cinta itu dikemudikan?
Salahkah bercinta?Jika salah, masakan Allah mengurniakan rasa cinta kepada manusia.Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.Justeru, DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khusus remaja.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan kerap berlaku semasa menjalinkan hubungan cinta, yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan Allah.Tanpa peraturan, ia akan menjadi cinta terlarang.Cinta terlarang ini akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.
Terimalah hakikat bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Peraturan bukan bertujuan menyekat cinta namun ia lebih bersifat mengawal agar manusia tidak terus hanyut dan dicemari dengan pesona nafsu.
Apakah peraturan-peraturan dalam bercinta?Inilah yang perlu diikuti oleh remaja agar cinta tetap suci dan abadi.Paling penting, cinta itu hendaklah didasarkan kepada cinta Allah.Bagaimana bercinta kerana Allah?Iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu akan memudahkan lelaki dan wanita menyempurnakan agamanya.Oleh itu, usahlah bercinta dengan niat sekadar bersuka-suka.Andai tidak serius, tangguhkan dulu.
Selain itu, pastikan semasa menjalin hubungan cinta , tiada hukum Allah yang dilanggar.Antaranya, tiada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dll.Hubungan cinta juga jangan sampai menjerumuskan kita dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.
Pasti ada yang merungut, apa erti cinta andai tiada dating, perbualan telefon secara marathon,berbalas SMS, sentuhan tangan dan senyuman?Itu semua bukanlah perisa yang akan memaniskan cinta namun pada hakikatnya ia adalah racun yang akan membunuh cinta.Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.
Remaja kerapkali terkeliru dengan apa yang HALAL dan apa yang HARAM dalam menjalin cinta.Malah, kadangkala manusia meminggirkan apa yang HARAM semata-mata mengikut telunjuk nafsu.Sebagai contoh, Sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) begitu diagungkan walhal ia bukan amalan dan ajaran Islam.Buat remaja, hindarilah sesuatu yang jelas tiada dalam ajaran Islam, sementelah sambutan tersebut telah difatwakan BERCANGGAH & DILARANG.Tiada kompromi dalam soal halal haram.Jika kita memelihara Allah, Allah pasti memelihara kita.
p/s:masa tengah tekan2 carian google tadi,,jumpa tazkirah nie...banyak teladan yang boleh diambil...selamat beramal... :))

0 comments: